Reputasi orang kayangan (Utusan Malaysia 3 Jun 2022)

“ REPUTASI yang baik lebih berharga daripada wang .” – Publilius Syrus, penulis Latin. Keputusan kes saman fitnah di antara pelakon Hollywood Johnny Depp lawan bekas isterinya, Amber Heard, baru saja dikeluarkan. Barisan juri sebulat suara memutuskan bahawa Heard perlu membayar pampasan sebanyak USD10 juta untuk ganti rugi am dan USD5 juta untuk ganti rugi punitif kepada Depp. Namun memandangkan undang-undang di Virgia, Amerika Syarikat menghadkan ganti rugi punitif kepada USD350 ribu saja, maka Hakim Penney Azcarate telah memutuskan agar had ini dipatuhi. Sedangkan Depp pula diarahkan membayar pampasan USD2 juta kepada Heard untuk tuntutan balasnya. Tuntutan balas Heard adalah menarik memandangkan ia berpaksi di atas penyataan yang bukan disiarkan oleh Depp, sebaliknya oleh peguamnya, Adam Waldman semasa kes saman fitnah yang dibawa oleh Depp sedang berjalan di England dalam tahun 2020. Kes ini mendapat liputan meluas media dan mengundang minat orang ramai untuk mengikuti rapat perk...