Posts

Showing posts from April, 2022

#DalamBerita: Those directly and indirectly involved in Rumah should face the music

Image
SHAH ALAM - An online petition demanding the termination of child activist Syed Azmi Alhabshi from his appointment as the children’s court advisor has raised about 91,000 supporters as of this morning. According to #JusticeForBella advocate Fatihah Jamhari, the movement was demanding more accountability from those who were directly or indirectly involved the Bella abuse case. Bella is a 13-year-old Down Syndrome girl who was allegedly abused by her caretaker Siti Bainun Ahd Razali. Fatihah said what happened to Bella could not have happened without the silent spectators who allowed the abuse to take place and the public was part of the equation of making it happen. “You and I are part of the equation, we have created the conducive ecosystem for social activists to find popularity through activism and they have gotten accountability by their high position, intoxicated on the social power that they get from the public. “They deceived people into thinking that they are the saviour when in...

#DalamBerita: Ras Adiba sokong tamat lantikan Syed Azmi sebagai penasihat mahkamah kanak-kanak

Image
Senator Ras Adiba Radzi menyokong memorandum yang mencadangkan agar lantikan aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi sebagai penasihat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ahli pemegang amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) ditamatkan. Menurut Ras Adiba yang mewakili komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) di Dewan Negara, sokongan itu berikutan terdapat isu integriti dan percanggahan kepentingan melibatkan Syed Azmi, yang juga merupakan pengasas bersama Pusat Perlindungan Rumah Bonda, di mana seorang remaja Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella ditempatkan. “Perkara ini saya akan bawa kepada perhatian terus Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-undang). “Percanggahan kepentingan ini berlaku apabila penasihat MBKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pemegang Amanah YKN (Syed Azmi) juga merupakan Pengasas Bersama Pusat Perlindungan Rumah Bonda NGO, di mana Bella ditempatkan. “Ini jelas menunjukkan terdapat isu integriti da...

#DalamBerita: Kes Bella: Petisyen desak menteri tamatkan khidmat Syed Azmi

Image
KUALA LUMPUR – Satu petisyen dalam talian telah dilancarkan bagi mendesak supaya pelantikan aktivis Syed Azmi Alhabshi sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditamatkan. Selain itu petisyen berkenaan turut mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd. Harun supaya turut menamatkan pelantikan Syed Azmi sebagai Ahli Pemegang Amanah (APA) Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Petisyen tersebut dibuat berkaitan kes seorang gadis remaja sindrom down berusia 13 tahun, Bella yang disyaki telah didera semasa berada di bawah jagaan Pusat Perlindungan Rumah Bonda yang kini sedang dibicarakan di mahkamah. Menurut petisyen yang dibuat oleh tiga individu, Syed Azmi merupakan penasihat dan pengasas bersama pusat perlindungan terbabit. Penamatan lantikan Syed Azmi sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak adalah perlu bagi mengelakkan unsur bias dalam kes Bella. “Berdasarkan penglibatan beliau dalam kes pengabaian dan penganiayaan Bella did...