#DalamBerita: Cuba Kembangkan Istilah ‘Gender’ Merangkumi LGBT Rendahkan Kedaulatan Perlembagaan – Fatihah Jamhari
KUALA LUMPUR, 29 Mac 2022 –“Tindakan cuba mengembangkan istilah ‘gender’ untuk merangkumi golongan LGBT adalah amat merendahkan kedaulatan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri,” ujar Fatihah Jamhari. “Dan saya anggap ini suatu tindakan biadap seorang warganegara yang seharusnya tahu di mana pasak negara bangsa Malaysia tersemat,” tegasnya. Menurutnya, Perkara 8 hanya melarang diskriminasi terhadap gender yakni seperti yang ditakrifkan dalam kerangka undang-undang sedia ada, melibatkan taksiran biologi – wanita vs lelaki. Justeru, pembacaan Afiq M Noor adalah tersasar daripada intipati Perlembagaan Persekutuan malah, dengan mengambil kira pindaan kepada Perkara 8 sekalipun, teorinya tentang kebebasan individu melibatkan takrifan ‘gender’ adalah sama sekali terpesong. Beliau berkata demikian bagi menyangkal kenyataan Afiq M Noor yang secara semberono cuba menyuarakan bahawa kebebasan individu di bawah Perlembagaan perlu diinterpretasikan secara luas sehingga menjamin hak semua orang term...