Posts

Showing posts from January, 2022

Memperkasa hak pekerja di samping hak institusi keluarga (Utusan Malaysia 7 Januari 2021)

Image
“ JANGANLAH kamu membebankan mereka (pekerja), dan jika kamu memberikan tugas kepada mereka, bantulah mereka .” – Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Zar R.A dalam Riwayat al-Bukhari (30). Pada 25 Oktober 2021, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan, telah membawakan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 (RUU DR 1/2021) bagi bacaan kali yang pertama di Dewan Rakyat. Rata-rata banyak pihak yang memberikan pujian kepada garapan kerajaan melalui Rang Undang-Undang ini dalam mengharmonikan peruntukan sedia ada di bawah Akta Kerja 1995 [Akta 265]. Ini termasuklah usaha melestarikan Standard Minimum Pekerjaan menurut Standard Perburuhan antarabangsa.  Malah, inilah komitmen yang telahpun diisytiharkan kerajaan sejak 29 Julai 2020 lagi bilamana Timbalan Menteri Sumber Manusia, Tuan Haji Awang Hashim menyatakan dalam jawapan beliau di Dewan Rakyat bahawa suatu pindaan kepada Akta 265 akan diadakan bagi memperkenalkan cuti paterniti, meningkatkan tempoh cuti bersalin dan menambahbaik...

Lelaki haprak yang suka meruntuhkan kemuliaan bangsa (Utusan Malaysia 3 Januari 2022)

Image
“ TANPA wanita takkan ada bangsa manusia. Tanpa bangsa manusia takkan ada yang memuji kebesaranMu. Semua puji-pujian untukMu dimungkinkan hanya oleh titik darah, keringat dan erang kesakitan wanita yang sobek bahagian badannya kerana melahirkan kehidupan .” - Pramoedya Ananta Toer Dalam jagat bumi Malaysia sedang sibuk menguruskan dugaan bencana banjir, tular pula perihal rumah tangga yang berantakan dek kerana ketidakjujuran seorang lelaki sehingga bersenggama dengan wanita yang bukan isterinya. Hampir mati akal saya memikirkan bagaimana seorang suami boleh tergamak mencurangi isteri yang dinikahinya dengan sedar dan tanpa paksaan. Lebih pula membuntukan benak saya apabila memikirkan pengorbanan para isteri yang ditipu, telah sanggup melahirkan zuriat yang dikandungkannya untuk suami.  Yang menyedihkan, perilaku jijik yang memualkan ini tidak hanya terhad berlaku di kalangan lelaki haprak yang tidak berpendidikan mahupun tidak berpangkat. Kadangkala kita disajikan dengan bekalan c...

#DalamBerita: Bank Muamalat Ada Hak Failkan Saman Sivil Isu Cek ‘Tidak Halal’ – Fatihah Jamhari

KUALA LUMPUR, 02 Januari 2022 – “Bagi saya Bank Muamalat punya hak untuk melaporkan kepada polis atas sebab fitnah jenayah dan menyebabkan ketidakharmonian atas alasan agama,” ujar Fatihah Jamhari. “Selain itu, pihak bank Muamalat juga boleh memfailkan saman sivil atas fitnah yang dibuat oleh pihak-pihak yang terbabit,” ini pandangan Ketua Biro Bahagian Undang-Undang & Hak Asasi Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) itu. Apabila disoal apakah punca sikap segelintir umat Islam hari ini yang terikut budaya negatif apabila sering dilihat gemar mengkritik secara melulu dan membuta tuli tanpa mengetahui perkara sebenar, Fatihah menjawab, “Bagi saya ini adalah salah satu kesan daripada produk post-modernism yang membuka landasan besar buat orang ramai menyuarakan pendapat sehingga kita semua rasa kita berhak suarakan apa saja.” “Perkara ini tidak terhad kepada umat Islam sahaja. Kita dapat lihat fenomena ini ada dalam semua komuni...