Dosa Lelaki terhadap Kerentanan Wanita (Utusan Malaysia 3 Disember 2021)
“DIRIWAYATKAN daripada Jabir (RA): Nabi (SAW) – dalam sebuah Hadis tentang haji yang panjang – berkata tentang wanita, ‘Bertaqwalah kepada Allah dalam mengendalikan urusan kaum wanita. Kamu (lelaki) mengambil mereka (wanita) dengan amanah Allah... Kewajipan kamu (lelaki) pula adalah memberikan nafaqah dan pakaian yang sepatutnya kepada mereka (wanita).” - Riwayat Muslim (1218). Pada 25 November yang lalu, seluruh dunia meraikan Hari Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita Antarabangsa seperti yang ditetapkan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Resolusi 54/134 bertarikh 7 Februari 2000. Tarikh ini dipilih dengan khusus bagi memperingati pembunuhan kejam Patria, Minerva, dan Maria Teresa Mirabil-Reyes yakni tiga orang aktivis wanita dari Republik Dominican atas arahan bekas presiden negara itu, Rafael Trujillo. Di banyak negara, 25 November diraikan dengan memperingati wanita-wanita yang menjadi mangsa kekejaman dan keganasan di tangan para pemimpin lelaki yang ...