Hikmah Hukuman (Utusan Malaysia 5 November 2021)
“ NEGARA yang lebih baik, insya-Allah dapat diwujudkan jika prinsip ketiga dan prinsip keempat Rukun Negara iaitu Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang diberikan nafas, dihayati dan dihormati setiap masa serta urus tadbir negara dilaksanakan secara jujur, telus dengan amanah dan berintegriti berpaksikan undang-undang .” - Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Minggu ini ramai yang membincangkan tentang keputusan kes melibatkan kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam bekas penuntut universiti itu bagi pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan. Hakim juga memutuskan hukuman tiga tahun pemenjaraan ke atas keenam-enam tertuduh beserta 12 tertuduh yang lain atas kesalahan di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan yakni menyebabkan cedera bagi memeras pengakuan bersalah atau ...