Akta Kanak-Kanak 2001: Payung yang Besar Harus Lebih Bertaring (Utusan Malaysia 3 September 2021)

“ MENGINGATI bahawa, seperti yang dinyatakan dalam Deklarasi Hak Kanak-Kanak, ‘kanak-kanak, oleh sebab ketidakmatangan fizikal dan mentalnya, memerlukan perlindungan dan penjagaan khusus, termasuk perlindungan perundangan yang sesuai, sebelum dan sesudah kelahiran ” - Mukadimah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC). Hak bagi kanak-kanak untuk dilindungi kebajikan dan keselamatan perlu dimartabatkan sejajar dengan peruntukan CRC yang telah diratifikasi negara dalam tahun 1995. Kewujudan Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] adalah antara hasil komitmen kerajaan dalam menggubal undang-undang domestik yang khusus bagi memelihara hak serta melindungi keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Dengan pindaan terkini Akta 611 yang mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2017, seharusnya Akta 611 ini dijulang dengan lebih tinggi lagi bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara kemas. Penulisan ini memfokuskan kesalahan mana-mana orang yang merisikokan keselamatan dan ke...