Posts

Showing posts from July, 2021

Bahasa kaum liberal Malaysia yang bingai (Utusan Malaysia 23 Julai 2021)

Image
‘ Mereka bertengkar ramai dalam bahasa yang bagiku sama asingnya dengan bahasa nasib manusia .’ – Pramoedya Ananta Toer Bahasa adalah suatu komoditi yang unik dalam interaksi sosial, bukan sekadar untuk kelangsungan hidup seharian tetapi lebih utama lagi, bagi menjaga kesepaduan sosial dalam sesebuah masyarakat. Apabila bahasa yang jelas digunakan dengan telus, interaksi menjadi mudah tetapi apabila bahasa dimanipulasi untuk melindungi motif tersembunyi, sudah tentu interaksi menjadi tersekat dan terbantut. Begitu jugalah dengan polemik di antara mereka yang menggelarkan diri sebagai konservatif menentang mereka yang meyakini diri sebagai liberal di Malaysia.  Sebagai contoh mudah, sudah berulang-kali diulang sehingga berbuih mulut berbicara: Malaysia adalah negara yang bernilai Islamik. Bukan hanya kerana Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang berdiri tegak dan teguh mengikat jati diri negara ini, bahkan lebih daripada itu, dalam setiap sendi negara nilai Islamik itu terserlah. B...