Tiada Etika dan Moral dalam Undang-Undang (Utusan Malaysia 10 Oktober 2020)
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjds2pV7XtEWlDVVA5p1pnWaDktg8d6SLNc2Un3fos_ILCek21KOlBVpZiA4GbLV1Z2h12s90Hc7T9bcNYd0dUpzECFI_5Py1nsltrIsn5UyBOzZmd8H2ofhfSoXMSFt659QROb5yMqCQy/w309-h400/10UM015A1-page-001.jpg)
“DALAM kehidupan beradab, undang-undang mengapung di lautan etika.”- Earl Warren Sebagai pelajar yang masih mendalami bidang perundangan, Penulis melihat terlalu banyak polemik berkenaan keperluan wujudnya elemen etika atau moraliti dalam perundangan. Etika adalah akhlak yang wujud dalam diri setiap manusia berdasarkan pemikiran masing-masing. Moraliti pula adalah tanggapan akhlak berteraskan didikan sekeliling. Etika dan moraliti kerap meletakkan keadilan atau kesaksamaan sebagai garis ukur keesahan. Sedangkan undang-undang adalah peraturan formal yang dimaktubkan selepas melalui proses yang sah. Di Malaysia, proses yang sah untuk menggubal undang-undang adalah dengan melalui perbahasan oleh ahli-ahli politik di Dewan Rakyat, wakil-wakil negara dalam Dewan Negara dan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Jujurnya, perbincangan hubung-kait etika, moraliti dan undang-undang adalah lompong dan langsung tiada erti, meskipun dibahaskan berdegar-degar...