Pengkhianat Negara Makin Ramai (Utusan Malaysia 28 Ogos 2020)
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg77DAxdtvkc4vNbVE9_BlrGWhl0FaumPIeOU6PLaXjggUWvoKye4mT0R2s9barJyhpbr6Tb1Z3YQMZh7-zmZMABX4FhcgJxTpCbfjuRxr8c90QUPvdoOFvq_gBtmySZzy8UDq4DS-mQJOu/s640/WhatsApp+Image+2020-08-28+at+6.16.45+PM.jpeg)
‘Patriotisme adalah kesetiaan kepada negara sepanjang waktu, kesetiaan kepada pemerintah ketika mereka layak.’ - Mark Twain. Apalah yang sudah jadi dengan jati diri dan rasa bangga kepada negara dalam jiwa rakyat Malaysia. Sudah terkuburkan semuanya? Terlalu banyak kelakuan biadap yang dilihat semakin menjadi-jadi kebelakangan ini sehingga merendahkan setiap hal berkaitan dengan identiti negara. Seolah-olah kejayaan negara membendung penularan pandemik COVID19 langsung tidak menginsafkan rakyat nan tidak kenang budi di bumi bertuah ini. Sejak tahun lalu, Malaysia melihat kebiadapan segelintir rakyat negara ini yang dengan angkuh dan tanpa segan-silu mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik. Langkah tegas daripada pihak PDRM khususnya dalam bulan kemerdekaan dipandang enteng apabila masih ada lagi insiden-insiden serupa dilaporkan sehinggalah minggu ini. Ada yang mendesas-desuskan kononnya Jalur Gemilang yang dikibarkan terbalik adalah protes pihak tertentu kepa...