Media Menyemarak Kebencian? (Utusan Malaysia 31 Julai 2020)
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfdqv3DKLuRlPh6xKGz9TYbNqKjLLkJHcUpqI9txdtItDLQ-JCXJhc7lRCaiqNI4ORXiG-bkPQN-HXjQk5qkOuGx-Rnz3GkdIJq09CsIB6gShfj4UEG3msZw6eVa4tTeCtYWUubB2CqGAD/w495-h640/CAKNA-page-001.jpg)
‘Apa yang diperoleh daripada kebencian akan menjadi beban hidup kerana akan mencambahkan lebih banyak kebencian baru.’ - Mahatma Gandhi. Dalam tahun 2019, kerajaan Kanda telah mentakrifkan Islamophobia sebagai sentimen ‘perkauman, stereotaip, prasangka, ketakutan atau permusuhan yang ditujukan kepada mana-mana individu Muslim atau pengikut Islam secara umum.’ Takrifan ini adalah selari dengan definisi yang diberikan Majlis Eropah yang turut mengklasifikasikan Islamophobia sebagai pelanggaran hak asasi manusia dan ancaman terhadap perpaduan sosial. Walaupun Malaysia tidak mempunyai peruntukan khusus mengenai Islamophobia namun sentimen negatif ini dibendung melalui undang-undang yang mengharamkan ungkapan kebencian terhadap mana-mana agama. Sebagai contoh, di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, menjadi kesalahan bagi seseorang untuk menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, atau permusuhan, benci-membenci, niat jahat atau memudaratkan perpaduan atas alasan agama. P...