Perluas didikan undang-undang fitnah (Utusan Malaysia 11 September 2017)
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkmf-K_Q2N4kBrrn2DCdVpwYKAlKuSLnAXD94iWm_-Y74Kd2xjeTPnCG60X-KQpCp5Fr_8VhRVMSsO6twEK48gHpAbwdMXkUS81Y4CTcaZauwhBKktSDf1k6SMDH7saI5izpfqEU-pGhSs/s320/Cakna+Perluas+Didikan+Undang.jpeg)
SAMAN fitnah adalah penyelesaian mengikut aturan perundangan sivil yang ada apabila nama baik seseorang atau sesebuah organisasi dicemari dengan kenyataan fitnah. Dalam masa yang sama, fitnah juga adalah kesalahan jenayah di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan yang membolehkan orang yang memfitnah itu dipenjarakan sehingga dua tahun atau didenda. Logik wujudnya saman fitnah adalah mudah – setiap orang berhak untuk melindungi nama baiknya, maka sebarang salah laku yang menyebabkan reputasinya tercemar adalah kesalahan yang berhak diambil tindakan. Dalam menghakimi mana-mana saman fitnah, mahkamah terikat kepada prinsip-prinsip di bawah undang-undang Common Law dan juga seperti yang telah dikanunkan dalam Akta Fitnah 1957 serta tatacara seperti di bawah Aturan 78 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Secara ringkasnya, dalam mempertimbangkan saman fitnah, mahkamah akan melihat tiga perkara. Pertama, plaintif haruslah membuktikan kepada mahkamah bahawa ungkapan yang dikeluarkan oleh d...