Posts

Showing posts from April, 2017

Bahasa Melayu yang layu di Parlimen (Utusan Malaysia 19 April 2017)

Image
PERSIDANGAN Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 telah berlangsung bermula 6 Mac dan selesai pada 6 April lalu. Dalam tempoh itu, ahli Parlimen telah bersidang sebanyak 20 kali bagi membahaskan pelbagai isu berbangkit. Menariknya, persidangan kali ini juga mencipta rekod persidangan pa­ling panjang dalam sejarah setelah sesi Parlimen berlangsung hampir 20 jam pada 5 April. Bagi perkara-per­kara yang tidak selesai dalam persidangan kali ini, ahli-ahli Parlimen akan menyambung perbahasan semasa mereka bersidang semula pada 24 Julai nanti. Banyak isu yang telah dibincangkan dengan rancak oleh setiap rakyat yang prihatin terhadap perkembangan perbahasan di Parlimen, termasuklah tentang tindak-tanduk dan butir bicara ahli-ahli Dewan Rakyat. Penulis terpanggil untuk mendalami salah-satu perkara yang timbul amat ketara bagi mereka yang setia mengikuti sidang Parlimen tempoh hari. Seperti yang semua sedia maklum, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan mempe...

“Thinking of Dear Uncle Karpal” makes Kasthuri cry, why? (Tanjak.my 4 April 2017)

The hypocrisy of the Dapsters is slowly coming undone. They act as if they care for their Malay voters but don’t fall for the act just yet. What they care about is GE14 votes. This is apparent when you look at the inconsistent way DAP politicians and their supporters react to issues involving Islam that do not even concern them. Remember Karpal’s “Over my dead body”? Is Kasthuri Patto being hypocritical? Take the tabling of RUU355 for example. Yesterday the snowflake from Batu Kawan took to her Facebook to reminisce what would it be like if Karpal Singh were still alive. Her Facebook post was alluding to the parliamentary proceeding during the time RUU355 was being tabled. KASTHURI PATTO: “TO THE LEADERS OF [PAS], I HOPE YOU’RE HAPPY TO SEE MALAYSIANS SPLIT RIGHT DOWN TO THE MIDDLE.” In the tabling of RUU355, PAS president Abdul Hadi Awang called on non-Muslim MPs to vote with conscience, urging them to respect the voice of their Muslim constituencies while puttin...

Pindaan RUU164: Usaha Yang Dangkal? (Utusan Malaysia 3 April 2017)

Image
PADA Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meng­umumkan keputusan kerajaan untuk menyokong pindaan kepada Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164). Pada 21 November 2016, Parlimen telah mende­ngar bacaan kali pertama (RUU164) yang dibentangkan oleh Datuk Seri Azalina Othman Said selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Secara ringkasnya, cadangan-cadangan pindaan di bawah RUU164 adalah seperti berikut: * Cadangan pindaan kepada Seksyen 3 Akta 164 akan memberikan Mahkamah Sivil bidang kuasa eksklusif ke atas pembubaran perkahwinan jika salah seorang pihak dalam perkahwinan tersebut telah masuk Islam. Di bawah huraian kepada RUU164 menyebut “tujuan pindaan adalah untuk membolehkan pihak kepada sesuatu perkahwinan yang telah masuk Islam untuk menyerahkan petisyen perceraian di hadapan mahkamah sivil” bagi menangani isu bidang kuasa seperti yang wujud pada masa ini. * Cadangan ini perlu dibaca bersama dengan ca...