#DalamBerita: Lelaki diperintah bayar bekas teman wanita RM4,741
Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini menolak saman fitnah yang difailkan seorang jurutera terhadap bekas teman lelakinya, seorang anggota tentera laut. Bagaimanapun, Hakim Jumirah Marjuki memerintahkan Leftenan Efftizal Hazrie Roslan membayar sejumlah A$1,468 atau RM4,741 kepada Nur Shairah Ishak sebagai pembayaran balik wang yang dipinjamkan kepada ibu bapa Efftizal Hazrie sepanjang perkenalan lima tahun bermula 2005. Jumirah membuat keputusan tersebut di dalam kamar dengan dihadiri peguam Fazlena Noorwati Rahmat yang mewakili Efftizal Hazrie (defendan) dan Fatihah Iliani Jamhari bagi pihak Nur Shairah (plaintif). Fazlena Noorwati memberitahu pemberita bahawa mahkamah tidak membenarkan tuntutan perbelanjaan lain kerana tiada perjanjian sah dan kos akan ditaksir kemudian. Jumlah gantirugi tersebut adalah mengikut tukaran ketika kejadian iaitu A$1 = RM3.23. Pada 30 Ogos tahun lepas, Nur Shairah yang merupakan seorang jurutera dan penduduk tetap Australia memfailkan saman fitnah terh...